SENARAI FRANCIAS

1.Subway



Tokoh pertama; Raja Sandwich, Fred Deluca (Pengasas Subway – francais makanan dengan  menu utama sandwich)

Sekiranya kita berlegar di sekitar pusat beli belah dan tumpuan ramai di Malaysia, kini anda akan temui Subway iaitu sebuah francais yang dulunya agak asing di Malaysia. Namun mungkin atas kesedaran ramai untuk menikmati makanan lebih berkhasiat, Subway menjadi pilihan.

Ringkasan latarbelakang Frederick dan  perniagaannya:

Subway diasaskan oleh Frederick A. Lucas sebagai idea awal mendapatkan wang membiayai pengajian kolejnya. Beliau dilahirkan di Brooklyn, New York dan merupakan generasi kedua imigran dari Itali.

Beliau mempunyai bakat sebagai usahawan sejak berumur 10 tahun dengan menjual botol terbuang. Kemudiannya beliau bekerja sebagai penghantar suratkhabar.

Bisnes Subway bermula apabila Deluca bertemu dengan Dr. Pete Buck, individu yang bertanggungjawab memberi modal kepadanya. Modal awalnya $1,000 dengan pembukaan sebuah kedai Subway. Namun begitu, beliau hadapi masalah kekurangan modal, dan sekali lagi Pete membantunya. Kemudian, beliau membuka 1 lagi kedai. Namun begitu masih rugi.

Tetapi tindakannya bukan menutup perniagaan tetapi bertekad membuka satu lagi kedai jualan.Dengan 3 kedai, akhirnya membuahkan hasil. Namun begitu, Deluca mempunyai impian membuka 32 kedai dalam tempoh 10 tahun. Cara terbaik difikirkannya ialah dengan Francaiskan perniagaannya.

Kini setelah hampir  50 tahun, hampir 32,000 kedai Subway di 92 negara dibuka, lebih banyak daripada McDonald. Sasaran awalnya 32 kedai kini telah melebihi jangkauan awalnya sendiri.

2.JM Briani
JM BARIANI

JM Beriani House yang diasaskan Allahyarham Mustapha bersama isterinya, Jamilah Abu Bakar sejak tahun 1983 merupakan antara jaringan restoran nasi beriani yang terkenal di negara  ini.
JM membawa nama isteri Allahyarham, Jamilah manakala M pula membawa pangkal nama arwah yang disifatkan sangat kuat bekerja dan mesra.
Bermodalkan resepi istimewa, JM Bariani House membuka cawangan pertamanya di SS 18, Subang Jaya, telah mendapat sambutan hangat dari pelanggan yang terdiri dari saudara mara, sahabat handai dan masyarakat setempat.
Ekoran sambutan menggalakkan tersebut, JM Beriani House sehingga kini telah berjaya membuka sebanyak 20 cawangan yang sebahagiannya milik sendiri dan francaisee di sekitar Lembah Klang dan yang terbarunya ialah di cawangan Subang Parade, Subang Jaya.

3. 7eleven

7-Eleven ialah sebuah francaisor, pelesen, dan pengendali rangkaian kedai serbaneka antarabangsa yang juga, sejak Mac 2007, menjadi rangkaian kedai terbesar dalam semua kategori setelah mengatasi McDonald's dengan 1,000 cawangan.  Kedai-kedainya terletak di 18 buah negara, dengan pasaran-pasaran terbesar di Jepun, Amerika Syarikat, Taiwan dan Thailand.
7-Eleven ialah anak syarikat Seven & I Holdings Co. di Jepun.
antara tawaran-tawaran 7-Eleven termasuk produk label persendirian, termasuk Slurpee, iaitu minuman separa beku yang diperkenalkan pada pertengahan 1960-an, dan Big Gulp, iaitu minuman ringan yang diisi dalam cawan besar yang bersaiz antara 20 dan 64 auns bendalir.
Kedai-kedai 7-Eleven di Malaysia dimiliki oleh Convenience Shopping Sdn. Bhd. (CSSB) yang kini mengendali kira-kira 800 buah kedai di seluruh negara dan berancang untuk mengembang sehingga 1000 cawangan. 7-Eleven di Malaysia ditubuhkan pada 4 Jun 1984 oleh Berjaya Group Berhad.

Sejarah

7-Eleven diasaskan pada tahun 1927 di Dallas, Texas, Amerika Syarikat, apabila seorang pekerja Southland Ice Company, Joe C. Thompson, mula menjual susu, telur dan roti dari sebuah dok ais. Lokasi asalnya merupakan hadapan kedai yang diubahsuai di Southland Ice Company, sebuah kilang pembuatan ais. Sungguhpun adanya kedai runcit kecil dan perniagaan am di kawasan sekeliling, para pengurus kilang ais mendapati bahawa penjualan "barang serbaneka" seperti roti dan susu memang popular. Maka, terbukalah beberapa cawangan 7-Eleven di kawasan Dallas. Mula-mulanya, kedai-kedai ini dibuka dari 7 pagi hingga 11 malam, iaitu tempoh perniagaan yang agak panjang pada waktu itu, maka demikianlah nama kedai ini. Syarikat ini mula menggunakan nama 7-Eleven pada tahun 1946. Menjelang tahun 1952, 7-Eleven membuka kedainya yang ke-100.
Pada tahun 1962, 7-Eleven mula menguji penjadualan 24 jam di Austin, Texas.  Pada tahun 1963, kedai 24 jam dibuka di Las Vegas, Fort Worth dan Dallas.
Pada zaman 1980an, syarikat ini mengalami masalah kewangan, menjual bahagian aisnya, dan telah diselamatkan daripada bankrup oleh Ito-Yokado, francaisnya yang terbesar. Pada tahun 1987, John Philp Thompson, CEO 7-Eleven, telah melengkapkan $5.2 bilion pembelian pengurusan syarikat yang bapanya menjadi pengasas.  Pembelian balik itu mengalami kesusahan daripada kejatuhan pasaran saham 1987 dan selepas kejatuhan untuk menaikkan hutang kewangan, syarikat telah menawarkan sebahagian daripada saham syarikat sebagai satu permulaan untuk melabur di dalam bon syarikat.
Syarikat Jepun telah berjaya mendapat kawalan saham pada tahun 1991, semasa Japanese asset bubble awal 1990an. Ito-Yokado membentuk Seven & I Holdings Co. dan 7-Eleven telah menjadi salah satu subsidiari pada tahun 2005. Pada tahun 2007, Seven & I Holdings telah mengumumkan yang mereka akan mengembangkan operasi di American, dengan penambahan 1,000 stor 7-Eleven di A.S.