USAHAWAN WANITA


1.  Faiza Bawumi Sayed Ahmad. 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgfUX5y-I8zTdasnXX7_8r61LxBwPqKenzUkg7m73R_G53XV5sDUfL1w4CuEXPwB7iI8Gxk9PqB93A211MAS5vFiYJIo-P0mQKJqKjn_r7FLFz2Wdepyf1PxC3Ug4a0JGt8oPDqOEY_noo/s1600/va_01.2.jpg
BIODATA

Nama : Faiza Bawumi Sayed Ahmad.
Umur : 69 Tahun
Asal : Mesir
Jawatan : Pengarah Urusan Syarikat Faiza Sdn. Bhd
Pendidikan : Diploma Jahitan
Beliau tidak menyangka pengalamannya sebagai juruwang di kedai bapanya dahulu telah mendorongnya bergiat serius sebagai peniaga.Menurut Faiza, kejayaannya sekarang bukan diperolehi dengan mudah, tetapi setelah mengharungi segala cabaran selama 43 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan.

Menurut Faiza beliau datang ke Malaysia pada tahun 1964 kerana mengikut suaminya.Disebabkan sikapnya yang tidak betah duduk diam, dia mengambil upah menjahit sulaman dan menjual pelbagai barangan dapur.Faiza kemudian membuat rempah kari di bawah jenama Bunga Raya dan mengedarkannya di kedai-kedai.

Dengan mempunyai kedai sendiri, beliau mula belajar mengenali pelbagai jenis beras. Sebelum menjual beras, beliau terpaksa pergi dari satu kedai ke kedai lain bagi mendapatkan maklum balas sama ada mereka akan membeli berasnya jika beliau menjualnya.
Atas respons yang positif, Faiza memohon lesen pemborong beras dan menjual pelbagai jenis beras termasuk ponni, basmathi, beras wangi serta beras Siam.

Beliau yang mempunyai 200 pekerja tetap dan lebih 300 pekerja kontrak berkata, dengan penglibatan dalam penghasilan produk tersebut ia memberi pilihan kepada orang Islam untuk mendapatkan produk yang bermutu tinggi dan tanpa diragui status halalnya.

Syarikat milik Faiza kini mengedar lebih 21 jenama beras di negara ini temasuk yang paling dikenali, "Herba Ponni Taj Mahal" dan anak syarikatnya, iaitu Faiza Marketing Sdn Bhd pula melibatkan diri dalam mengilang pelbagai jenis rempah termasuk rempah Raja Kari, rempah Bukhari dan terbaru, rempah rendang.

2. Syairah Binti Shafiee

profile_11.jpg
Nama : Syairah Binti Shafiee
Tarikh Lahir : 5 April 1986
Umur : 21 Tahun
Alamat : No 35,Tingkat Bkt Myk 3, Taman Bukit Minyak,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Pendidikan : STPM
Nama Syarikat : Kota Aur Enterprise
Jenis Projek : Telur itik masin


Anak gadis kelahiran Pulau Pinang yang menggemari bidang perniagaan ini sanggup menghabiskan masa di kawasan ternakan itik telur masin sepanjang hari. Pada asalnya, projek telur itik masin ini di asaskan oleh ibu bapa Syairah, namun minat dan semangat ushawan membuatkan Syairah meneruskan perusahaan milik bapanya walaupun beliau masih muda.

Projek pemprosesan itik telur masin ini bermula pada Julai 2003 semasa beliau masih di sekolah menengah lagi. Minatnya yang mendalam telah memberi semangat kepada beliau untuk menjadi pengusaha yang berjaya. Walaupun projek ini kebiasaannya dipelopori oleh bangsa Cina, namun Syairah tidak gentar. Beliau berani menyahut cabaran walaupun pada mulanya ramai yang meragui kebolehannya serta tidak kurang yang mengejeknya.
Hasil usaha gigih serta bantuan khidmat nasihat dan pinjaman yang diperolehi dari Bank Pertanian Malaysia, kini pasaran telur masin sekitar Pulau Pinang berjaya ditembusi oleh syarikat milik Syairah.

3.MAZNAH HAMID

 

Usahawan ini dikenali sebagai The Iron Lady atau Wanita Waja.gelaran itu mencerminkan dirinya yang bersikap dinamik dan berpendirian teguh dalam mempertahankan apa yang beliau usahakan sehingga mencapai impiannya. Datuk Maznah berpegang pada falsafah “modal utama adalah diri sendiri”. Beliau benar-benar yakin dorongan dari dalam dapat memacu individu itu menjadi cemerlang.
Nama Datuk Maznah Hamid bukan sahaja tersohor sebagai usahawan terkemuka tetapi juga terkenal sebagai penceramah motivasi. Berasal dari Ayer Hitam, Kedah, beliau dibesarkan oleh neneknya dan diterapkan dengan pendidikan agama serta diasuh dengan budi pekerti yang baik sejak kecil. Datuk Maznah adalah wanita Malaysia pertama mengurus syarikat kawalan keselamatan.
Datuk Maznah dan uaminya memulakan operasi Securiforce Sdn. Bhd. Pada tahun 1981 beliau menggunakan modal RM5 ribu dan lima orang pengawal bagi memulakan perniagaannya.Datuk Maznah turut menyandang bebrapa tugas serentak pada waktu itu. Oleh kerana tiada upaya bagi mengambil ramai pekerja, Datuk Maznah serta rakan kongsinya iaitu Tuan Haji Shaheen, terpaksa melakukan semua tugas daripada operasi, bill collector, peronda dan kadangkala menjadi pengawal apabila pekerja-pekerja mereka bercuti raya ataupun cuti umum. Beliau belajar erti susah dan pengorbanan dalam dunia perniagaan. Pengalaman uti membolehkan beliau mencipta dan menjual sistem kawalan keselamatan.
Pada peringkat awal, Securiforce Sdn. Bhd. Hanya member khidmat kawalan keselamatan biasa dan khidmat Cash-In-Transit. Ia terpaksa bersaing dengan ratusan syarikat kawalan keselamatan yang sudah bertapak kukuh. Berkt usaha gigih Datuk Maznah yang berterusan, syarikatnya berkembang maju. Kini ia mempunyai lebih 50 buah cawangan di seluruh Negara, lebih daripada empat ribu orang pekerja dan dikelilingi ratusan senjata api serta ratusan buah van kalis peluru.
Bagi menepati keperluan semasa, Securiforce juga bergiat aktif di peringkat antarabangsa dengan menubuhkan Securiforce Logistics dan membuka cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman. Apa yang menarik mengenai kejayaan Datuk Maznah adalah semua anak syarikatnya ditubuhkan dan berkembang maju tanpa sebarang bantuan kewangan daripada pihak bank. Kejayaan ini dikagumi oleh pelbagai pihak dan lapisan masyarakat. Prinsip kejayaan beliau adalah modal perniagaan yang sebenarnya adalah dirinya sendiri.
Kumpulan Securiforce ini menawarkan pelbagai perkhidmatan kawalan keselamatan professional, antaranya :
1.       Securiforce Logistics Sdn. Bhd., mengendalika perkhidmatan kargo melalui udara, laut dan darat serta system gudng dan pengedaran bersepadu.
2.       Securiforce Transport Sdn. Bhd., menawarkan perkhidmatan kawalan keselamatn secara elektronik seperti pemasangan kamera CCTV, central monitoring system, electronic card access system, system kawalan kebakaran dan membekal peralatan-peralatan untuk institusi pengajian tinggi.
Hasil daripada kegigihan dan kepintaran beliau menerajui syarikatnya, kini Securiforce emepunyai beberapa buah anak syarikat yang sedang berkembang maju dalam bidang hartanah. Antaranya adalah Danau Lumayan, pemaju hartanah di Bandar Tun Razak, Cheras yang membina kondominium berserta penthouse yang eksklusif.
                Oleh kerana minat yang begitu besar pada pembangunan insan, beliau menubuhkan MMC, Maznah Motivational Centre yang mengelola seminar-seminar keusahawanan dan pembangunan insane. Sifat tabah, berani, semangat yang beliau miliki adalah asset utama diri beliau dan itu yang cuba diterapkan kepada orang ramai melalui seminar Zaro to hero dan Awaken the pirit of entrepreneurship/intraperneurship. Melalui seminar itu, beliau ingin membangkitkan dan mnyerapkan semangat keusahawanan ke dalam diri setiap insan.
Datuk Maznah Berjaya menerbitkan buku berjudul Motivasi Memburu Kejayaan berdasarkan pengalaman serta prinsip-prinsip yang menjadi amalan kepada dirinya dalam usahanya memburu kejayaan. Di dalam bukunya Datuk Maznah berkongsi pelbagai rahsia kejayaannya. Beliau bercerita tentang prinsip hidup dan pengalamannya dalam memburu kecemerlangan. Antara kata-kata yang menjadi pendorong semangat dalam buku itu berbunyi, “Usahlah hanya sekadar menjadi pemerhati kepada kejayaan orang lain. Rebutlah peluang perniagaan yang sentiasa terbuka luas di negara kita sendiri.
Datuk Maznah bergerak aktif dalam pelbagai persatuan, pertubuhan dan dilantik menjawat beberapa jawatan antaranya :
·         Vice President of the Women World Entrepreneur Association (FCEM).
·         Ahli Lembaga Pengarah, Golden Hope Plantations Berhad.
·         Ahli Lembaga Pengarah, Yayasan Sultanah Bahiyah, Kedah Darul Aman.
·         Pengerusi Danau Lumayan (peneraju hartanah di Bandar Tun Razak).
·         Felo Adjung, Sekolah Penbangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia.
·         Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah Uniutama Property Sdn. Bhd. UUM.
·         Ahli Majlis, Kementerian Pembagunan Usahawan dan Koperasi (MECD).
·         Ahli Majlis, Penasihat Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).
·         Pengerusi Ekonomi  & Keusahawanan Wanita Negeri Kedah.
·         Presiden Kehormat Usahawati & Peniagawati.
Datuk Maznah juga adalah isteri dan ibu kepada lima orang anak.Keluarga adalah pemangkin utama kejayaan dan sumber inspirasi beliau. Malah anak-anak dilatih serta ditetapkan semangat keusahawanan semenjak awal lg. Demikianlah antara symbol kejayaan beliau sehingga dianggap sebagai model usahawan yang Berjaya dan dikagumi pada masa kini. Oleh itu, gelaran The Iron Lady adalah layak untuk beliau.
4. DATO KHATIJAH AHMAD

KAF Group diasaskan oleh Datuk Khatijah Ahmad, ahli kewangan yang namannya tersohor bukan sahaja di Malaysia tetapi  di peringkat global. Bidang kewangan lazimnya dimonopoli kaum lelaki. Namun Datuk Khatijah berjaya membuktikan kebolehan dan pengaruhnya yang kuat dalam bidang ini. Perkataan KAF adalah singkatan bagi Khatijah and Family. Syarikat di bawah KAF Group adalah seperti berikut :
·         KAF Investment Bank Berhad.
·         KAF Seagroatt & Campbell Securities Sdn. Bhd.
·         KAF Astley & Pearce Sdn. Bhd.
·         KAF Fund Management Sdn. Bhd.
·         KAF Trustee Berhad.
Datuk Khatijah dilahirkan pada 1 Disember 1939. Keluarga beliau orang berada dan bapanya berpegang kuat kepada agama. Namun Encik Ahmad bersikap terbuka dan menyekolahkan Datuk Khatijah di sebuah sekolah aliran Inggeris. Secara tidak langsung ini mendedakakn Datuk Khatijah kepada persekitaran lebih luas berbanding gadis-gadis Melayu yang hidup sezaman belai. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran ke London School of Economics & Polotical Science di University of London. Pada tahun 1965 beliau memperolehi ijazah dalam bidang ekonomi.
Sekembalinya ke tanah air, Datuk Khatijah mula berkhidmat di sector awam. Antaranya di Bank Negara, FAMA, Lembaga Padi dan Beras Negara. Pada tahun 1973 ketika usia beliau menjangkau 30-an, Datuk Khdijah mula berasa bosan dengan tugas-tugasnya. Beliau mengambil keputusan berhenti kerja lagi memulakan perniagaan sendiri. Datuk Khadijah memulakan perniagaannya dengan tiga orang kakitangan sahaja iaitu dirinya sendiri, seorang setiausaha dan seorang pembantu. Beliau mencagarkan rumahnya bagi dijadikan modal perniagaan.
                Beberapa tahun kemudian Datuk Khadijah Berjaya membeli sebuah firma broker saham. Antara perkhidmatan yang ditawarkan syarikat beliau pada waktu itu adalah menyusun smeula pinjaman dan mengurus harta. Datuk Khatijah juga menjadi penasihat kepada syarikat-syarikat korporat. Ketika Malaysia mengalami kegawatan ekonomi pada tahun 1997 dan 1998, perniagaan usahawan ini mengalami peningkatan besar ekoran bertambahnya permintaan mengurus kewangan. Kumpulan KAF kini mempunyai lebih 500 orang kakitangan dan urusniaganya mencecah USD17 bilion setahun.
5. PUAN SRI DATIN MAZMIN NORDIN            
                Puan Sri Datin Mazmin Nordin adalah Pengarah Eksekutif, Halim Mazmin Berhad. Beliau mengurus firma kapal yang diasaskan bersama suaminya, Tan Sri Dato’ Halim Mohammad. Mereka berdua menguasai lebih 50 peratus saham dalm Halim Mazmin. Firm itu tersenarai pada papan utama Bursa Saham Malaysia sejak 2002. Abang beliau, Mazlan Nordin, turut memiliki ekuiti dalam Halim Mazmin.
                Puan Sri Datin Mazmin adalah bekas murid Sekolah Menengah Convent Kajang. Pada tahun 1970 beliau melanjutkan pelajran di Auckland Technical Institute, new Zeland, dalam jurusan pengurusan perniagaan. Selepa tamat pengajian, beliau memulakan kerjayanya pada tahun 1973 di Bousted Shipping Agencies, cawangan Port Kelang. Kemudian pada tahun 1982, Puan Sri Datin Mazmin menyertai suaminya di Halim Mazmin.
                Sejak sekian lama, sector kapal di Negara ini dimonopoli oleh pengendali kapal asing. Hanya 15 peratus freight iaitu barang yang diangkut menggunakan kapal daripada pelabuhan-pelabuhan di Malaysia dibawa dengan kapal yang dimiliki rakyat tempatan, manakala 85 peratus diangkut oleh kapal-kapal milik syarikat antarabangsa. Antaranya seperti Nepture Orient Lina (Singapura), P&O Nedlloyd, Evergreen (Taiwan), Orient Overseas Line (Hong Kong) dan Maersk.
                Halim Mazmin adalah antara firma yang mengendali dan memiliki kapal swasta yang terbesar di Malaysia. Ia memiliki Sembilan buah kapal, termasuk kapal tangki dan kapal kontena, dengan kapasiti muatan lebih 300,000 dwt (deadweight  ton).      
                Kapal-kapal Halim Mazmin yang membawa bendera Malaysia mengendali kargo pukal kering seperti beras, gandum, baja dan besi. Antara perkhidmatan lain adalah mengangkut produk petroleum Petronas dan Shell dari pusat-pusat penapisan ke pelabuhan-pelabuhan tempatan.
                Sebagai nama besar dalam industry maritime, senarai pelanggan Halim Mazmin terdiri daripada syarikat-syarikat ternama. Kualiti perkhidmatan dan hubungan baik dengan pihak pelanggan membolehkan firma itu mendapat kontrak sewa jangka panjang bagi empat buah kapalnya. Bahkan reputasinya yang baik terjalin hubungan niaga dengan syarikat-syarikat kapal antarabangsa. Halim Mazmin juga menawarkan latihan maritime kepada lepasan sekolah dan university bagi menjadi pegawai dan kapten kapal.
                Halim Mazmin memiliki beberapa anak syarikat yang mengendalikan pelbagai perkhidmatan berkaitan kapal seperti mengurus logistic, broker kapal, sewa kapal, agensi untuk kapal-kapal tnagki minyak dan sebagainya. Dua orang anak Puan Sri Datin Mazmin, Mariana Halim dan Hisham Halim, turut terlibat dalam mengurus anak syarikat seperti berikut :
1.       AHS Marine Sdn. Bhd.
2.       Meridian Shipping Sdn. Bhd.
3.       OHM Tankers SDN. Bhd.
4.       Colville Shipping Sdn. Bhd.
5.       Colorado Shipping Sdn. Bhd.
6.       Prima Ship Brokers Sdn. Bhd.
7.       Prima Ship Management Sdn. Bhd.
Ketika kemelesetan ekonomi melanda seluruh dunia pada hujung tahun 1990-an, banyak syarikat kapal menghadapi masalah kewangan. Bagaimanapun, Halim Mazmin Berhad Berjaya melepasi tempoh ujian itu dan bertahan sehingga ke hari ini.
6. DATO’ DR. ZAHRAH KADIR

Memperoleh latar belakang dalam bidang kimia, Dato’ Dr. Zahrah Kkadir menerajui dua buah syarikat berasaskan plastic dan herba. Wanita yang berasal dari Pontian, Johor ini adalah anak kedua dalam keluarganya. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana muda sains (Kimia) dari Universiti Malaya dan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang yang sama dari Universiti Durham, United Kingdom. Sebelum menjadi usahawan, Dr. Zahrah bertugas sebagai Pegawai Penyelidik selama satu dekad di Institut Kaji Selidik Nuklear Malaysia (MINT).
                                Sebagai ketua dalam kumpulan kesan sinaran ke atas polimer di unit tenaga nuklear, antara tugas Dr. Zahrah adalah memberi nasihat kepada usahawan tentang menggunakan plastik sebagai teknologi baru dalam industri. Melalui penglibatannya itu beliau sendiri mendorong supaya menceburi bidang perniagaan.Dr. Zahrah kemudian mengambil risiko meniggalkan kerjayanya. Usaha beliau dalam perniagaan bermula dari bawah dengan menyertai program latihan usahawan di Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, Malaysia dan mempelajari kaedah membuat produk, system kilang serta mengurus kewangan syarikat.
                Dr. Zahrah menubuhkan B&Z Plastic Industry Sdn. Bhd. Pada bulan Disember, 1993. Beliau memulakan operasi perniagaannya di Seri Kembagan Indutrial Park, Selangor. B&Z adalah gabungan pangkal nama beliau dan suaminya, Dr. Bajuri Kadmin. Dr. Bajuri pada mulanya sekadar menyokong usaha isterinya dari belakang, namun setahun kemudian mengambil keputusan meninggalkan kerjaya beliau dan menyertai perniagaan keluarga itu.
                Produk awal yang dikeluarkan syarikat ini adalah rain gutter atau palong air hujan. Dr. Zahrah mencipta produk itu daripada plastic uPVC atau vinyl polimer bagi menggantikan polang air hujan yang dahulu diperbuat daripada zink. Produk ciptaannya yang berjenama Monsoon terbukti lebih berkualiti dan rekabentuknya dapat diubahsuaikan. Produk itu juga diiktiraf dan menerima anugerah daripada pihak MITI.
                Dr. Zahrah sangat menitikberatkan kualiti dan membuat kaji selidik secara berterusan. Selepas rain gutter, beliau beralih kepada produk-produk lain seperti paip uPVC bagi kegunaan telekomunikasi dan kabel slab bagi kegunaan tenaga elektrik. Syarikatnya berkembang pesat dan kini beroperasi di premis seluas tiga ekar di Kuala Sleangor Industrial Park selain mempunyai pejabat pemasaran di Wisma B&Z, Shah Alam.
                Dr. Zahrah Berjaya mempertahankan syarikatnya ketika Negara melalui kegawatan ekonomi pada tahun 1997 dan 1998 dahulu. Bagi beliau pengajaran penting daripada peristiwa itu adalah perlunya mempelbagaikan perniagaan. Pada tahun 1999, Dr. Zahrah menubuhan syarikat keduanya, Merlang Herbal Industries Sdn. Bhd. Yang menghasilkan produk kecantikan dan kesihatan berasaskan herba. Produk berjenama Merlang ini mendapat sambutan baik kerana syarikatnya memiliki Sijil Amalan Pengilang Baik (GMP) daripada Biro Pengawal Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
                Langkah lain mempelbagaikan perniagaannya adalah menceburi bidang runcit. Dr. Zahrah menubuhkan B&Z Hardware Centre bagi memasarkan produk-produk plastiknya. Beliau juga menubuhkan Pusat Rawatan Kecantikan MErlang dan Merlang Network Sdn. Bhd. Bagi mempromosian produk herbanya melalui system multilevel marketing (MLM).
                Dr. Zahrah bukan sahaja produktif dalam perniagaan tetapi juga dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Beliau turut terlibat dalam pelbagai program anjuran kerajaan negeri Selangor bagi membantu para usahawan baru. Sesungguhnya wanita ini wajar dijadikan model dan mentor oleh golongan usahawan khasnya kaum wanita. Renungilah sebahagian daripada falsafah hidup Dr. Zahrah yang terbukti membawa keberkatan dan kejayaan besar dalam hidupnya :
1.       Peranan para pekerja sama pentingnya dengan pihak majikan dalam menentukan turun naik syarikat. Oleh itu, kebajikan para pekerja perlu sentiasa dijaga.
2.       Ksihatan diri adalah factor penting dan perlu diutamakan walaupun sesibuk mana individu itu dalam kerjayanya.
3.       Pegangan agama adalah tunjang utama dalam hidup. Hubungan insane dengan penciptanya tidak boleh sekali-kali diabaikan.
4.       Rahsia kejayaan wanita bermula dengan menyempurnakan tanggungajawabnya yang utama sebagai isteri dan ibu.
7. DATIN SHARIFAH ANISAH TAN SRI DATO’ SYED AGIL BARAKBAH

                Nama Datin Sharifah Anisah sangat sinonim dengan Nona Roguy. Ia jenama produk kesihatan terkenal berasaskan herb dan berkonsep tradisional. Beliau adalah pengasas dan Pengerusi Kumpulan Syarikat Nona Roguy bermaksud “bebas daripada penyakit” dalam bahasa Sanskrit. Keluarga Datin Anisah yang berasal dari Kedah mewarisi kaedah menjaga kesihatan tradisional yang diamalkan secara turun- temurun sejak zaman moyang beliau, Sharifah Alawiyah Barakbah.
                Anak kepada bekas hakim ini pada awalnya adalah pelukis. Datin Anisah berkelulusan inazah sarjana muda dari Royal Academy of Fine Arts di Murich, Jerman. Kerana minatnya yag tinggi dalam perubatan herba, beliau berusaha mendalami bidang itu. Penglibatan Datin Anisah bermula pada pertengahan tahun 1960-an di atas permintaan teman-teman yang meerlukan bantuannya. Perawatan tradisional yang beliau amalkan terbukti dapat mengubati sebahagian daripada penyakit yang tidak dapat dirawat dengan cara perubatan moden.
                Selain mengeluarkan pelbagai produk kesihatan, Nona Roguy juga menyediakan khidmat merawat pengantin, menjaga diri selepas bersalin, rawatan pelbagai masalah sakit puan seperti  ketumbuhan fibroid, ketidakseimbangan hormone, sakit meroyan dan banyak lagi. Pada tahun 1983, Datin Anisah membuka pusat rawatan di Ampang dengan jenama Sari Rapi. Di pusat itu beliau menawarkan rwatan medic spa (spa perubatan) dan wellness spa (spa kesihatan). Rawatan yang disediakan disokong dengan khidmat perunding kesihatan yang terlatih. Datin Anisah juga memperkenalkan jamu Melayu kepada para pelanggannya yang terdiri daripada berbilang kaum. Pada tahun 1990 Datin Anisah berpindah ke Damansara dan membuka pusat rawatan yang lebih besar. Pada tahun 1995 pula, gedung herba Nona Roguy dibuka di Bangsa Baru.
                Kumpulan Syarikat Nona Roguy yang ditubuhkan pada tahun 1993 menjalankan aktiviti pemasaran dan rawatan. Pengeluaran produk pula dijalankan di kilang mereka, Mustajab Industries, di Kawasan Perindustrian Mergong, Alor Setar, Kedah. Kakak Datin Anisah, Puan Hajjah Sharifah Rogayah Barakbah adalah Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan yang bertanggungjawab menetukan kualiti pengeluaran produk di kilang itu.
                Pusat rawatan Nona Roguy di pilih sebagai model spa Melayu oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan kerap kali dilawati pegawai-pegawai kesihatan dari pelbagai organisasi termasuk WHO. Adalah dibanggakan juga, Datin Anisah Berjaya menonjolkan kegemilangan spa Melayu di peringkat antarabangsa. Selain menyediakan spa tradisional Melayu di hotel bertaraf lima bintang di Malaysia seperti The Pangkor Island Resorts, The Tanjong Jara Resorts, dan The Ritz-Carlton, Kuala Lumpur, beliau juga diundang mengadakan promosi seni spa Melayu di The Horrods, London sebanyak dua kali pada tahun 2005 dan 2006.
                Datin Anisah bermin at dalam merungkai rahsia perubatan Melayu dalam konteks sains dan teknologi. Beliau banyak membaca dan mengkaji bagi mendapatkan maklumat dan perbandingan antara perubatan tradisional dan perubatan moden. Atas usaha itu, beliau sering disebut sebagai jambatan terakhir bagi menghubungi falsafah dan prinsip perubatan tradisional dengan dunia perubatan moden.
                Dengan pengetahuan beliau yang mendalam dalam perubatan herba, Datin Anisah selalu diundang member syarahan di university dan hospital. Beliau juga dilantik sebagai pakar rujuk bagi bidang peubatan herba dan rawatan tradisional di dalam dan luar Negara, selain menjadi anggota panel kepada beberapa kementerian termasuk Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia bagi menyediakan dan mebangunkan standard dan kurikulum yang sesuai bagi pembelajaran bidang perubatan tradisional dan komplementari.
                Produk keluaran Nona Roguy dipasarkan kepada para pelanggan menerusi system jualan langsung. Kini terdapat lebih 150 stokis Nona Roguy di seluruh Negara. Selain pasaran tempatan, produk Nona Roguy juga dieksport ke luar Negara. Jenama Nona Roguy juga mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila diberi anugerah SUPERBRANDS pada tahun 2005 dan anugerah Commercial Prestige dari Rome, Italy daripada segi kecemerlangan perkilangan.
                Datin Anisah membuat sumbagan yang besar kepada dunia perubatan herba dan melonjakkan imej industri itu di peringkat antarabangsa. Beliau dilantik sebagai Timbalan Presiden, Persatuan Industri Sederhana dan Kecil, Malaysia dan juga Naib Presiden, Persekutuan Perubatan Tradisional Melayu Malaysia (PUTRAMAS).
                Datin Anisah juga berjaya memperkenalkan kembali istilah dan konsep asli yang mencerminkan keindahan dan kegemilangan seni perubatan dan rawatan Melayu. Ini termasuk mengemukakan kembali nama bahagian anatomi Melayu yang asal yang sekian lama diabai dan dilupai oleh masyarakat Melayu moden, seperti nama sebenar jamu dalam masyarakat Melayu zaman dahulu iaitu ramu dan bukannya jamu (pinjaman daripada Indonesia).
                Dalam usaha menbudayakan aktiviti penulisan berkenaan seni perubatan tradisional Melayu, Datin Anisah mula membukukan pengalaman dan pengetahuan beliau. Terbaru Datin Anisah menghasilkan sebuah buku bertajuk Ensiklopedia Perbidanan Melayu. Buku itu menghimpunkan segala petua dan amalan perubatan Melayu untuk panduan generasi baru. Impian Datin Anisah adalah ingin melihat ilu perubatan Melayu diamalkan sepanjang zaman oleh masyarakat di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.
                Dengan visi menjadikan perubatan Melayu sebagai satu system perubatan dan rawatan yang diiktiraf di seluruh dunia, Datin Anisah berharap Nona Roguy dapat menjadi antara jenama berpengaruh dalam industri herba dunia menjelang 2010.  
8. DATO’ DR. JANNIE TAY

                Dato’ Dr. Jannie Tay adalah Timbalan Pengerusi, The Hour Glass Limited. Syarikat ini memiliki rangkaian butik yang memasarkan pelbagai jam tangan berjenama terkenal buatan Swiss. The Hour Glass diasaskan oleh Dr. Jannie dan suaminya bersama Metro Holdings di Singapura pada tahun 1979. Butik The Hour Glass kini terdapt di Malaysia, Hong Kong , Taipei, Australia, Indonesia, Thailand dan Jepun.
                Dr. Jannie Tay dilahirkan di Ipoh dengan nama asalnya, Chan Siew Lee. Beliau adalah anak sulung daripada tujuh orang adik-beradik. Dibesarkan di sebuah kedai ubat milik datuknya, beliau mendapat pendedahan awal dalam perniagaan ketika mengikut bapanya menguruskan perniagaan ubat keluarga mereka. Ketika berusia 17 tahun, Dr. Jannie dihantar belajar ke Moreland High School di Melbourne. Setahun kemudian bapanya meninggal dunia. Beliau kemudian membawa ahli keluarganya berpindah ke Australia dan meneruskan pengajian di sana.
                Pada tahun 1968 Dr. Jannie memperolehi ijazah sarjana muda dalam bidang fisiologi. Beliau melanjutkan pelajarannya ke peringkat sarjana dalam bidang farmakologi iaitu kajian tentang tindak balas ubat. Pada tahun 1969 Dr. Jannie bertemu jodoh dengan suaminya yang ketika itu sedang mengambbil PhD di Australia. Apabila mereka kembali ke Singapura pada tahun 1971, Dr. Jannie bertugas sebagai pensyarah di Universiti Singapura.
                Kerjaya beliau berubah pada tahun 1973, apabila suaminya melanjutkan peljaran semula dalm bidang perubatan. Dr. Jannie beralih tugas menjadi jurujual di Lee Chay & Company, sebuah syarikat jam tangan milik keluarga suaminya. Beberapa tahun kemudian dia menguruskan cawangan syarikat itu di Colombo Court. Dr. Jannie menyimpan impian bagi memiliki butik jam tangannya sendiri. Impian itu tercapai pada tahun 1979 apabila beliau dan suaminya membuka The hour Glass, kedai mereka yang pertama di Lucky Plaza. Perniagaan itu Berjaya dan berkembang daripda satu kedai menjadi Sembilan buah kedai. Rangkaian butik yang mula bertapak di Singapura itu kemudian dibuka di beberapa negara lain.
                Pada tahun 1987, Dr. Jannie menceburi perniagaan baru dalam bidang hartanah di Golden Coast, Australia. Selama beberapa tahun, beliau membangunkan Oyster Cove iaitu projek pembangunan hotel, pusat peranginan, perumahan dan pusat perniagaan. Pada tahun 2004, minat Dr. Jannie beralih kepada bidang makanan kesihatan dan beliau mula mengkaji cendawan lingzhi bersama pakar-pakar dari Negara Chin. Dengan latar belakang akademiknya dalam bidang farmakologi, Dr. Jannie dengan penuh yain menceburi perniagaan baru itu dan membuka sebuah syarikat nutraseutikal, Scientific Tradition Pte. Ltd.
                Sehingga kiniDr. Jannie masih aktif dalam pelbagai perniagaan lain seperti restoran, koleksi seni dan antic. Selain suaminya, Dr. Henry Tay selaku pengerusi eksekutif, anak mereka, Michea Tay, turut menguruskan The Hour Glass . Dr. Jannie yang berjaya mencapai impiannya satu demi satu berpegang kuat kepada sikap positif dan yakin kepada diri sendiri. Bagi memajukan dirinya, beliau tidak pernah berhenti belajar perkara-perkara baru di samping mengambil iktibar daripada kesilapan-kesilapan lalu yang pernah dilakukan.
                Sepanjang membina perniagaannya Dr. Jannie pernah melalui saat-saat getir dan ujian berat. Antaranya ketika baru menubuhkan The Hour Glass, anank beliau, Michelle yang pada masa itu beusia lapan tahun meninggal dunia. Tidak lama kemudian anaknya, Sabrina dilahirkan dengan pelbagai masalah kesihatan, antaranya rubella, mempunyai rekahan di langit-langit  di dalam mulut dan jantung berlubang. Kekuatan minda dan sikap optimis Dr. Jannie menjadi pendorong dirinya supaya meneruskan kehidupan beliau dengan tabah.
                Kisah kehidupan Dr. Jannie ditulis Wong Wan Ling. Buku bertajuk Time To Live : Jannie Tay’s Journey itu deterbitkan pada tahun 2002. Kini ada usia 60-an, beliau banyak melakukan kerja-kerja amal. Dr. Jannie yang tinggal bersebelahan rumah dengan anak-anak gemar menghbiskan masa bersama cucu-cucunya.
9. DATO’ FARAH KHAN

                Dato’ Farah Khan adalah ikon fesyen bagi golongan elit dan par penggemar barangan mewah di Malaysia. Beliau adalah presiden dan pengasas bersama empayar Melium Group. Melium memasarkan pakaian, kasut, beg dan akseori berjenama seperti Aigner, Coke Haan, Tod’s, Huog Boss, Christian Lacroix, Ermenegildo Zegna, Emilio Pucci, Just Cavalli, D & G, GF Ferre, C’N’C’, Osh Kosah, Liz Clairboxne, Galliano, Stuart Weitzman dan Mauboussin.
                Dato’ Farah berasal dari Singapura tetapi sudahlama menjadi penduduk tetap Malaysia. Bapanya adalah pemborong berlian yang mengetuai persatuan pedagang-pedagang berlian di Singapura. Sejak kecil Dato’ Farah terdedah kepada suasana perniagaan. Pedagang-pedagang berlian dari merata dunia dating berurusan dengan ayahnya di rumah mereka. Ibu Dato’ Farah pula memiliki kedai jahit yang banyak menggunakan fabric berjenamaseperti Versace dan Yves Saint Laurent. Beliau kreatif dan suka membuat kostum untuk anak-anaknya. Contohnya bagi parti hari jadi bertema rama-rama, ibu Dato’ Farah membuat kostum rama-rama untuk beliau dan adik-beradiknya. Selain sukakan fesyen, ibunya meminati barangan berjenama seperti Pucci dan Gucci.
                Membesar dalam persekitaran feyen dan mendapat perhatian istimewa, Dato’ Farah secara tidak langsung turut menggemari semua itu. Semasa kecil beliau gemar mereka pakaian anak-anak patung Barbie menggunakan kain-kain perca daripada kedai jahit ibunya. Beliau pernah menyertai pertandingan mereka pakaian semasa berusia 16 tahun dan memenangi hadiah utama. Bagi Dato’ Farah fesyen, stil dan kecantikan dapat meningkatkan keyakinan diri individu.
                Bermula dengan membuka butik The Link di Singapura pada tahun 1976, diikuti dengan Le Salon di Malaysia, Dato’ Farah kemudian menubuhkan Melium pada tahun 1989. Pada tahun 1999, Melium melancarkan jenama Aseana yng membawa tema etnik Asia. Galeri Aseana di Suria KLCC memasarkan pelbagai koleksi antaranya Tom Abang Saufi, Rizalman, Milo’s, Ghea, Antik Batik dan jenama Dato’ Farah sendiri, FARAHKHAN. Sebahagian daripada pelanggan yang mengunjugi butik-butik beliau adalah pelancong luar negara.
                Selain dikenali dengan perniagaan butik, Dato’ Farah adalah orang terawal membawa budaya kafe di Malaysia. Beliau dan suaminya, Akhbar Khan, Adalah pemegang francais Dome dari Australia. Rangkaian kafe itu memulakan operasinya di Malaysia pada tahun 1996.
                Kini Melium Group mempunyai lebih 700 orang kakitangan. Sebagai presiden, dato’ Farah mengamalkan sikap tegas tetapi berhemah. Beliau mementingkan hasil kerja bermutu dan mahukan tenaga cekap dalam pasukan petugasnya. Kakitangan-kakitangan beliau dihantar menghadiri acara-acara fesyen di luar negara supaya terdedah pada perkembagan fesyen dan trend di peringkat global.
                Anak perempuan Dato’ Farah bertugas sebagai pembeli dan pengurus jenama untuk Hugo Boss di Melium sedang dipersiapkan bagi mengikuti jejak langkah beliau. Namun bagi Dto’ Farah, anaknya sendiri pun terpaksa bermula dari bawah kerana kerusi presiden syarikat itu tidak dapat diduduki secara automatic melainkan penyandangnya sudah cukup berkebolehan.
10. DATIN MINA CHEAH FOONG

                Anda mungkin salah seorang penggemar berangan The Body Shop, tetapi tahukah anda siapa yang membawa jenama itu ke Malaysia? Datin Mina Cheah Foong adalah orang yang bertanggungjawab membawa francais itu ke Malaysia. The Body Shop adalah rangkaian kedai menjual produk kosmetik dan pengjagaan diri seperti barangan mandian, spa dan wangian. Ia diasaskan oleh Dame Anita Roddick di England pada tahun 1976. Kini terdapat lebih dua ribu kedai The Body Shop di seluruh dunia dengan lebih 77 juta orang pengguna.
                Datin Mina berasal dari Ipoh, Perak. Pada usia 17 tahun beliau dihantar oleh ayahnya ke United Kingdom bagi belajar di sebuah sekolah di Belfast, Ireland. Beliau kemudian menyambung oelajaran dalam jurusan system engineering di University of Leeds, London. Dtin Mina bercita-cta menyertai NASA selepas beliau tamat belajar. Ketika tinggal di England, setiap hujung mingu Datin Mina pergi ke Convent Garden di London. Di situ trdapat sebuah kedai The Body Shop. Beliau sering mengunjungi kedai itu bagi membeli barangan sendiri dan untuk teman-temannya. Beliau bukan saja meminati pelbagai produk yang ada di sana malah menyukai segala aktiviti  kempen yang dianjurkan The Body Shop.
                Apabila pulang ke Malaysia, Datin Mina masih terus memesan barangan The Body Shop daripada rakan-rakannyayang berkunjung ke London. Kerana minatnya yang mendalam, beliau merancang dan berusaha membawa produk The Body hop ke Malaysia. Datin Mina akhirnya berjaya mendapat hak francais bagi mengedar dan menjual barangan The Body Shop melalui syarikatnya, Rampai Niaga Sdn. Bhd. Kedai pertamanya dibuka pada 8 Disemder 1984 di Yow Chuan Plaza, Kuala Lumpur.
                Pada masa itu, Datin Mina belum mempunyai pengalaman menjalankan perniagaannya. Perniagaan The Body Shop dimulakan bersama rakan kongsinya, Mariam Tun Sulaiman. Wanita itu adalah isteri kepada rakan suaminya. Puan Mariam pada waktu itu adalah usahawan Amway yang berjaya. Di kedai mereka, Datin Mina menguruskan aktiviti dagangan manakala Puan Mariam menguruskan hal ehwal perhubungan awam. Perniagaan mereka berkembang dengan pesat. Selepas menjadi rakan kongsi selama 10 tahun, Puan Mariam menjual semua saham miliknya dalam Rampai Niaga. Datuk Simon, suami Datin Mina mengambil alih saham-saham Puan Mariam itu.
                Kemajuan The Body Shop yang terus meningkat tahun demi tahun adalah perkara yang di  luar dugaan Datin Mina dan suaminya. Selepas 18 tahun berlalu, mereka berasa perniagaan itu terllu besar dan tidak tahu ke mana hala tuju hendak dibawa perniagaan itu seterusnya. AKhirnya beliau dan suami mengambil keputusan supaya menjual saham-saham mereka dengan nilai RM78 juta. Syarikat yang mengambil alih The Body Shop adalah Kejora Harta Berhad. Walaupun sudah menjual saham-sahamnya, Datin Mina masih meneruskan kontrak mengurus kedai-kedai The Body Shop yang beliau kendalikan.Waktu itu baru beliau terfikir supaya mengembangkan perniagaan The Body Shop ke rantau Asia Tenggara. Namun syarikat itu bukan miliknya lagi. Kini beliau dan suami berusaha membeli semula saham-saham syarikat itu di pasarn bursa.
                Seleas lebih 20 tahun terlibat dalam industri peruncitan, Datin Mina mnyedari sebahagian besar daripada para pelanggan tiada banyak masa pergi membeli belah. Maka diperkenalkan konsep baru iaitu The Body Shop at Home, produk-produk dijual melalui system parti seperti dilakukan syarikat Tupperware. Lain-lain strategi baru yang dilakukan adalah jualan secara on-line dan melalui katalog seperti dilakukan pihak Avon. Dengan gabungan L’Oreal dan The Body Shop di United Kingdom, jenama The Body Shop dijangka menjadi lebih stabil dan kukuh.
                Di samping menguruskan The Body Shop, Datin Mina membuka tiga buah kedai kasut berjenama Vincci di Sydney, Australia. Tujuan asal beliau membuka perniagaan itu adalah supaya dapat selalu berada di samping anak lelakinya yang dijangka akan melanjutkan pelajaran di sana. Namun anak beliau menyambung pelajaran di Melbourne bukan di Sydney. Perniagaan kedai kasut Vincci itu juga mendapat sambutan baik daripada pihak pelanggan.
                Di samping bergiat dalam perniagaan, Datin Mina banyak menceburkan diri dalam aktiviti dan kempen amal. Sebagai Presiden Malaysian Business Coalition on AIDS Society (MBCA) beliau mengumpul dana bagi membantu mangsa-mangsa AIDS, di samping meningkatkan kesedaran mayarakat tentang penyakit itu. Menerusi The Body Shop, beliau berkempen menangani isu keganasan wanita, khasnya terhadap kanak-kanak dan isu penderaan. Kempen-kempen itu membuktikan The Body Shop menghargai pelanggannya yang 90 peratu terdiri daripada golongan wanita.
11. DATIN PADUKA SITI SA’ADIAH SHEIKH BAKIR

                Datin Paduka Siti Sa’adiah Sheikh Bakir adalah Pengarah Urusan, Kumpulan Perubatan Jhor Berhad (KPJ Healthcare Berhad). Meskipun bukan doctor, wanita yang berasal dari Mersing, Johor itu adalah orang nombor dua terpenting dalam organisasi besar itu. KPJ Healthcare Berhad berjaya membangunkan 17 buah hospital swasta di seluruh Negara, dua buah di Indonesia dan sebuah lagi di Bangladesh.
                Perjalanan karier Datin Paduka Siti Sa’adiah bermula pada tahun 1974. Selepas menamatkan pengajian dalam bidang ekonomi di Universiti Malaya, beliau menyertai Johor Corporation  Berhad (JCorp) yang ketika itu dikenali sebagai Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ). Beliau bertugas di Bahagian Prisihatin sejak 1978 dan mula menyandang jawatan Ketua EKsekutif, KPJ Sdn. Bhd. Sejak 1989.Pengalaman Datin Paduka Siti Sa’adiah dalam menguruskan hospital bermula dengan pembinaan Johore Specialist Hospital.
                Datin Paduka Siti Sa’adiah minat membaca, suka berkongsi pengetahuan dan rajin menambah ilmu. Beliau rajin berbincang dengan pra pegawainya sebelum membuat keputusan selain mengamalkan sikap telus. KPJ Berhad berkembang pesat. Syarikat itu memiliki asset bernilai lebih RM800 juta. Keuntungan sebelum cukainya mencecah RM32.5 juta menerusi pendapatan hampir RM500 juta.
                Antara hospital lain yang dikendalikan KPJ Berhad adalah Damansara Specialist Hospital dan Ampang Puteri Specialist Hospital. Di luar Negara, ia mengendalikan beberapa hospital lagi seperti United Hospital di Bangladesh, RS Selasih di Sumatera serta RS Medika Permata Hijau dan 
RS Bumi Serpong Damai di Jakarta.
11. Dato’ Siti Nurhaliza




Usahawan yang dibicara ini Penyanyi No 1 Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza. Pelancaran produk kosmetik dan penjagaan kulit jenamanya sendiri iaitu “SimplySiti” sememangnya mendapat sambutan hangat daripada peminat beliau yang pastinya sangatlah ramai di seluruh negara termasuk di Singapura, Brunei dan Indonesia.
Pelaburan besar telah dibuat untuk menghasilkan produk kecantikan bermutu merangkumi penjagaan kulit SimplySiti C Bright, SimplySiti New Age dan SimplySiti Acne Solution selain Krim Simply 5 yang istimewa. Harapan ahli perniagaan muda ini adalah supaya produk sulung beliau mampu menembusi pasaran negara luar terutama jiran terdekat iaitu Singapura, Brunei dan Indonesia selain Timur Tengah memandangkan ia diiktiraf halal oleh Jakim. Ini penting kerana majoriti bakal pembeli produk ini adalah terdiri daripada golongan orang islam.
Memanfaatkan pengalaman menjadi duta produk kecantikan seperti Maybelline & Pantene, semua produk SimplySiti dipasarkan di lebih 200 rangkaian farmasi Watson seluruh negara dan pasar raya Jusco. Kehadiran suami beliau, Dato’ Khalid sebagai rakan kongsi yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang perniagaan sememangnya membantu menjayakan perniagaan kosmetik beliau.
Mesti ramai yang ingat produk ini hanya sekadar untuk menambah satu lagi punca pendapatan figura terkenal ini. Tak mungkin beliau sendiri memakainya. Betul? Stigma itu salah! Dato’ Siti telah menggunakan dan menguji produk yang diproses ketika R&D dijalankan selama 6 bulan sebelum ianya berjaya dipasarkan kepada orang ramai.
Menggunakan khidmat ahli saintis dari Korea, bahan-bahan yang digunakan dalam produk SimplySiti semuanya berunsurkan bahan-bahan semula jadi seperti ekstrak daun Prunella Vulgaris yang mampu merawat semuala luka dan radang kulit. Sepertimana yang diketahui, Korea merupakan pusat pembikinan dan pembuatan produk kosmetik yang terunggul di dunia, Dato Siti dan pasukannya telah membawa beberapa ahli saintis Korea ke Malaysia untuk mengkaji dan merasai cuaca di sini supaya mereka faham masalah dialami oleh wanita-wanita di Malaysia. Hebat, bukan?
Tetapi ini tidak bermaksud percaturan beliau lancar. Baru-baru ini produk kosmetik SimplySiti dikatakan mengunakan berus bulu babi dalam produknya. Menjawab spekulasi yang mampu menggagalkan perniagaan sekaligus mencemarkan imej baik yang dipelihara beliau, Dato’ Siti menafikan dakwaan tersebut dengan segera. Sejurus selepas itu, dalam masa beberapa hari sahaja, kesemua produk keluaran syarikat tersebut disahkan secara rasmi telah mendapat pengesahan halal daripada Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) sebelum dipasarkan kepada umum. Alah bisa tegal biasa lah katakan kalau menghadapi dugaan ketika berniaga kan?
Dan seperti yang boleh diagak, jualan produk SimplySiti sangat memberansangkan walaupun baru satu bulan ia dilancarkan. Dato Siti lah katakan, personaliti yang hebat, kareer yang mantap, sudah tentu jualan pun mengkagumkan.



Rujukan
1.http://10usahawanberjaya.blogspot.com/2011/12/faiza-bawumi-sayed-ahmad.html 
2.http://harizamrry.com/2007/11/01/usahawan-contoh-wanita-syairah-telur-asin/  
3.http://books.google.com.my/books?id=HjY-JC6A-mcC&pg=PT19&lpg=PT19&dq=senarai+usahawan+wanita+di+malaysia&source=bl&ots=y7NC8UEsAg&sig=utUcBJ1i-IB6-5eAOlA-Ou6hD70&hl=en&sa=X&ei=2mu8T_GmN8XQrQfby6mfDQ&ved=0CHcQ6AEwCDgU#v=onepage&q&f=true